Piggy dalam makanan ( ´(00)`) | miss fluffy


Tuesday, 27 May 2014

Piggy dalam makanan ( ´(00)`)


Aku tau sekarang memang dah kecoh meletopss pasal Coklat Cadbury ada DNA piggy kan? Kan? Giler terkejut habaq hiangg!! Selama ni sedap je aku makan melantak masuk perut. Dah la favorite pulak kan coklat ada kacang ni:face22: Logo halal setepek tu lah yang meyakinkan kita selama ni tapi tup tup ada DNA piggy? Rasa tertipu tak?

Kita duk jaga makanan kita. Takmau makan yang haram ni sebab jadi darah daging. Tapi dalam tak sedar ada jugak yang tertelan masuk ke perut. Marah! Memang rasa nak marah:face3:
Semua asyik saling menyalahkan. Isu sentitive umat Islam. Malaysia terang-terangan negara Islam. Kenapa pengeluar tak sensitive benda-benda macam ni? 

Mungkin ada sesetengah cakap. "Ala benda lah lepas...Babi je kot..Yang sudah makan tu dah la.."
Cuba renung balik. Kenapa bila kita belajar lambat faham? Kenapa kita degil? Kenapa anak-anak taknak dengar cakap mak bapak? Kenapa hati tak tenang? Kenapa susah terima teguran baik?
KENAPA? Mungkin patut kaji balik apa yang kita makan tu suci, bersih atau HALAL! Sebab apa yang kita makan akan jadi darah daging kita sampai bila-bila. Sedihkan? Aku sedih! Orang lain aku taktau.

Jumpa kat sini tadi. To this girl, jadilah GEN-Y yang pakai akal bila cakap.
Jangan nak femes punya pasal agama tolak tepi. Nak taubat waktu tua?
Yakin ke Allah nak hidupkan awak sampai ke tua?

Bila timbul isu ni banyak pulak timbul produk lain yang ada campuran BABI. Lagi sedih produk tu jugak la yang kita makan/consume hari-hari. Fikirkan? Patut la mak aku produk pelik-pelik dia tak makan even ada logo HALAL. Mungkin keraguan dia tu menyelamatkan dia dari makan benda-benda ni. Entry ni bukan nak blame mana-mana pihak tapi kalau terasa sila makan dalam. 

8 comments:

  1. Allahuakbar, sedih sebab dah tertelan dan makan banyak ceklat Cadbury tu, tapi tambah sedih dengan statement budak tu...

    ReplyDelete
  2. Great post.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  3. Itulah,sekali keluar isu ni berlambak2 pula produk lain yg ada BAB.1 juga

    ReplyDelete
  4. makanan semua dh ada babi.. perangai manusia plak masing2 dh mcm b*b* .. alahaaiii

    ReplyDelete
  5. dah bertahun dok makn cekelat kedberi ni...tak patot betul...

    ReplyDelete
  6. betul kata mimie tu..semenjak nama cadbury naik, banyak gak produk yang dikatakan tak halal..tapi kita harus bijak dalam memastikan kesahihan sesuatu sumber..as for cadbury, saya harap tindakkan susulan akan diambil kepada mereka...

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Patutnya cadbury sbg company yg besar dan agak famous amos jugak harus peka la dengan isu ini.. hopefully tindakan tegas akan diambil, perkara sensitif kot. huhuhu

    p/s : sebenarnya pening dgn apa yg budak tu nak sampaikan. tak faham bahasa apa yg dia guna.. mungkin penguasaan BM sy ni tak mampu lagi kot nak mencapai tahap itu.

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.