Sabar itu indah | miss fluffy


Thursday, 10 July 2014

Sabar itu indah


Kebelakangan ini muncul banyak statement yang menghina Islam daripada orang-orang tertentu. Seriously, aku juga rasa marah seperti orang lain. Apa salah Islam sehingga mereka mencaci maki Tuhan kami? Apa salah Islam sampaikan kau mempersendakan agama kami? Apakah Islam itu telah menghancurkan hidup mereka? Kadang-kadang aku keliru juga, sampai ada yang tergamak sebut benda yang aku sendiri tak sanggup nak sebut dilontarkan kepada Nabi kita. Apa yang orang-orang macam ni nak sebenarnya?

Berbalik kepada mempertahankan Islam, memang patut kita pertahankan kesucian Islam. Tapi bila terbaca komen-komen yang agak melampau dan lansung tak membayangkan kesucian Islam dari umat Islam sendiri aku terfikir. Tak salah pertahankan Islam tapi cara kita yang salah. Caci maki, ugut, mencarut, cakap melalut and etc. Tak best lansung. Menaikkan lagi api dan kebencian pihak sana. Kan? 

Kita sendiri. Cara kita kena betul. Kena seiring dengan agama. Nabi dulu berdakwah, ada ke baginda pakai cara maki? Mencarut? Tentu sekali TIDAK. Tapi elok je Islam tu berkembang. Ramai je yang terima Islam. That's why aku terfikir mungkin cara kita salah. Aku sendiri pun ada salah. Kadang-kala marah lebih menguasai akal fikiran aku. Kita ni takda benda yang dinamakan SABAR. Nipis sangat tahap kesabaran kita ni. Aku tak cakap aku ni penyabar. Aku akui aku agak baran orangnya. Tapi tak salah kita cuba berubah ke arah kebaikan. Kadang-kadang kata-kata yang lembut tapi penuh makna tu lagi berkesan dari kata-kata yang lantang, maki hamun tapi takda makna. Betul tak? Sebab tu la orang cakap fikir dulu sebelum bercakap.

Aku bukan nak berdakwah bagai. Aku pun tak bagus pun hal agama. Tapi yang mana tak bagus tu kita baguskanlah, mana yang terlopong tu kita kambuskan. Ilmu kena cari. Ini just pendapat aku yang takleh dibuat rujukan sama sekali dalam thesis. Hehe. Dan entry ni pun tak tuju pada mana-mana pihak. Tapi kalau sedar diri, Alhamdulillah.

Bak kata senior aku "tepuk dada tanya iman". Sekian.

4 comments:

  1. aku dah biasa kena maki bila ada yang nak dakwah aku.... yang best siap cakap tempat aku kompem neraka... haaaa hebakkkk tak...???!

    Aku setuju bab ilmu kena cari tu.. sebab landasan hidup ni ilmu.... takde ilmu ibarat makan nasi takde kicap...

    macam tak best je perumpamaan ni... haha ! salam singgah Fluffy ^^

    ReplyDelete
  2. kita setuju 100%...nak lebih percent tak? hihiih

    ReplyDelete
  3. sabar itu inda :) suka dengan quote ni :)

    ReplyDelete
  4. tu la..kdng bila geram tgok pe yg tjadi semua rase smua nak tkeluar dri mlt ni..
    tp semua tluah dlm ati je..lebih baik diam dri bkata2 kan.nti xpsl2 dosa pula kita dapat..

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.