Teguran, terima atau tak? | miss fluffy


Thursday, 28 February 2013

Teguran, terima atau tak?

Assalamualaikum.

Jadi ketua ni tak mudah kan? Tak boleh nak puaskan hati semua yang ada di bawah tanggungjawab kita. Dan jadi ketua juga tak bermaksud kita boleh gunakan kuasa yang kita ada sesuka hati. Be fair & square. Tak bermakna juga bila kita jadi ketua, we're always right. As human being, we always do mistakes. Memang tak boleh lari tapi yes sebab hang leader hang anggap semua hang buat betul. Sampaikan orang yang tegur kesalahan kita pun ditengking. Seriously, I have no respect to this kind of people.

Apa yang buat aku rasa nak membebel ni sebab depan mata aku sendiri jadi benda macam ni. Yela, staff biasa cuma tegur mistake ketua dia. Then, apa yang buat aku terkejut biawak, depan-depan tu juga si boss yang konon terror tu tengking staff tuh. Oh shittt~ In front of other staffs. Malu tak agak-agak staff yang kena tengking? OF COURSE la!! Kesian dia. Berubah muka malu, Kalau aku jadi dia confirm nangis. Hukhuk. Well, boss kan. Mana boleh lawan. Kan kena gantung kerja plak. Pfttsss-.-

Memang aku tak nafikan kita kadang-kadang susah nak terima teguran orang lain. Tapi ni cakap bajet hang open minded sangat tapi baru kena tegur sikit dah menengking menggelabah bewak. Itu baru ada pangkat sikit, esok-esok jadi YB kawasan mana-mana tak tau la macam mana cara. Bhaha. Senang cerita nak terima atau tak teguran, itu hak kita. Tapi cara kita terima atau menolak teguran tu. Tak payah la sampai menengking. Cool~ Konon boss yang "open minded" habis.

Sedangkan Imam Abu Hanifah menangis teresak-esak bila ada budak kecil tegur dia ni kan pula kita manusia banyak kekurangan ni. Hadoii. Susah. Ada pengajaran dalam setiap apa yang berlaku setiap hari. Aku assume dia stress kot. Taknak la berburuk sangka sangat. Nanti hati tak bersih. Huhu:P


15 comments:

  1. mmg tak suka teguran sebegitu,,, ank murid pun lau nk tgur dia ada etika, apatah lagi pekerja dgn majikan... tapi tu lah.. dah de pangkat lupa dah...hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan..org ckp nk tegur biar berhemah..huhu apa boleh buat..org ada kuasa..ada pangkat..tp yg pasti semua tu tak kekal..

      Delete
  2. Tegur tuh tak salah...tapi better jgnla terbuka tempatnya (contoh depan kwn2 atau jerit2 smp org dgr) dan perlu berhemah...seteruk mana org tuh, skurang-kurangnya dia manusia yg ada air muka juga...cuba puji sket atau cerita pasal kebaikan yg dia dah buat sebelum mau menegur salahnya...itu kan lebih baik dan berkesan. Sorry sebab komen panjang sgt. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...ikutkan perasaan marah sgt smp lupa org lain pun ada maruah & perasaan malu..
      #xpe komen pnjg..i like..hihi :D

      Delete
  3. ish... wlu sape pun dia, kalo dah x betul caranya tu mmg patut la org tegur.. huhh... kalo ssh terima teguran pegi dok hutan la.. kwn ngan makhluk hutan sana.. xde la org yg tegur apa dia buat.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hidup ni kena la saling tegur menegur..mmg betoi pun kalau payah nk terima teguran jgn duduk dgn org..kan2??heee

      Delete
  4. Susah jugak berdepan dengan orang yang asyik nak menang jer ni kan..kesian kat staff tu...paham macamana perasaan dia time tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak..memang kesian sgt..tpi dia bos..apa lg nk kata...huhu

      Delete
  5. Teguran sama macam subjek lain.

    Kena ada etika. Baik yang memberi atau menerima teguran, kena jaga etika dalam teguran.

    Kadang2 yg memberi teguran berniat baik, tpi tak kena timing org yg menerima. Yg menerima pula, tak ambil masa, tak kaji kenapa dia menerima teguran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila emosi melebihi akal..ego lagi..mcm ni la jdinya..huhu

      Delete
  6. Assalam,

    Bunda setuju ngn LANA..

    ReplyDelete
  7. kalo nia..sob2 dlu..balik umahhh..
    siap lahh resembor air mata..haaaa
    tau la bos.xyah nak over sgt la..grhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tu lah..sm la..kalau sy confirm menangis tak hengat...;p

      Delete
  8. Ooo..sedihnya..kalau saya pun mengalir air mata depan itu juga. Sebenarnya, kita kena ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Macam dr fadzilah kamsah kata, ibu bapa, meskipun mereka ibu bapa (lebih tua) mereka juga, haruslah mendengar nasihat dan menerima pandangan anak-anak mereka jika ianya betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..sm la sy pun kalau kena mst menangis pny..kalau lah org yg lbh dewasa boleh terima teguran org yg lbh muda mmg sy salute habis la..kdg2 ego tinggi masalahnya..

      Delete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.