Friday 30 May 2014

Wanita, kau istimewa




To all women out there:)


pstt: Siapa nak menang jersi German, boleh jawab soalan kat sini (LINK)

Thursday 29 May 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #1



Aku rasa semua manusia kat planet Bumi ni dah tau kan yang tak lama lagi World Cup FIFA 2014 akan berlansung. Dengar radio atau tonton TV pun memang sekarang berkisar pasal bola je. Hehe wahai readears sekalian, adakah korang peminat bola? Pasukan mana ye korang sokong?

So, hari ini aku nak war-warkan satu competition daripada Adidas! Kali ini Adidas ada buat quiz competition kepada semua blogger dan readers!! Siapa-siapa yang berkenan kempunan nak menang jersi, kasut bola dan macam-macam lagi anda dipersilakan untuk menyertainya. Nak tahu lebih lanjut boleh klik sini (LINK)

So sekarang aku dah tak sabar nak bagi hadiah kat korang! Mari kita jawab soalan yang diberikan untuk hari ini.

Let's kick off !! Jawab soalan mudah yang diberikan dan korang berpeluang menang!:9:



Ok, mari bermula secara serious. 

Soalan pertama untuk hari ini:
The German team's nickname (not actual name) is written on their jersey. What is it?

Klu

Alamak, apa ye jawapannya? Korang rasa? Blur tak nampak jawapan? Nak klu ke?:face14:
KLU/HINT: Klik pada gambar di atas!
Dah nampak jawapan? 
Ok tunggu, JANGAN jawab pada comment box entry aku ye. 
Nanti kantoi la jawapan korang!

Update: HINT Tambahan!
Tips from sponsors to help readers:The answer to Question 1 is located behind the Germany jersey as shown in the URL picture above. 

Hantar jawapan korang pada drop box dibawah ye! 
Senang je kan? Untung-untung boleh menang jersi German ni!!
Ha peminat team German, jangan tunggu lagi. Kasi jawab ini soalan:face18:

Good luck!!:16: 

Please drop your answer here!: adidas Blogger Cup

Wednesday 28 May 2014

#59 Wordless Wednesday


Tadi saja gatai tangan p Google then terjumpa pulak gambar macaroon yang yummylicious ni!! Haishh selalu okey je tapi sebab puasa ganti rasa goyang sikit-sikit. Kahkah macam budak-budak kan:132:
Takpe la, layan je la colorful macaroon. Siapa pernah rasa? Aku pernah rasa sekali je, manis sangat takleh makan kerap. Nanti diabetis~ Layan.............:face2:








 Source: Google

Banyak-banyak gambar, yang ke2 tu rasa nak try!! Yum-yummm:face9:

Tuesday 27 May 2014

Piggy dalam makanan ( ´(00)`)


Aku tau sekarang memang dah kecoh meletopss pasal Coklat Cadbury ada DNA piggy kan? Kan? Giler terkejut habaq hiangg!! Selama ni sedap je aku makan melantak masuk perut. Dah la favorite pulak kan coklat ada kacang ni:face22: Logo halal setepek tu lah yang meyakinkan kita selama ni tapi tup tup ada DNA piggy? Rasa tertipu tak?

Kita duk jaga makanan kita. Takmau makan yang haram ni sebab jadi darah daging. Tapi dalam tak sedar ada jugak yang tertelan masuk ke perut. Marah! Memang rasa nak marah:face3:
Semua asyik saling menyalahkan. Isu sentitive umat Islam. Malaysia terang-terangan negara Islam. Kenapa pengeluar tak sensitive benda-benda macam ni? 

Mungkin ada sesetengah cakap. "Ala benda lah lepas...Babi je kot..Yang sudah makan tu dah la.."
Cuba renung balik. Kenapa bila kita belajar lambat faham? Kenapa kita degil? Kenapa anak-anak taknak dengar cakap mak bapak? Kenapa hati tak tenang? Kenapa susah terima teguran baik?
KENAPA? Mungkin patut kaji balik apa yang kita makan tu suci, bersih atau HALAL! Sebab apa yang kita makan akan jadi darah daging kita sampai bila-bila. Sedihkan? Aku sedih! Orang lain aku taktau.

Jumpa kat sini tadi. To this girl, jadilah GEN-Y yang pakai akal bila cakap.
Jangan nak femes punya pasal agama tolak tepi. Nak taubat waktu tua?
Yakin ke Allah nak hidupkan awak sampai ke tua?

Bila timbul isu ni banyak pulak timbul produk lain yang ada campuran BABI. Lagi sedih produk tu jugak la yang kita makan/consume hari-hari. Fikirkan? Patut la mak aku produk pelik-pelik dia tak makan even ada logo HALAL. Mungkin keraguan dia tu menyelamatkan dia dari makan benda-benda ni. Entry ni bukan nak blame mana-mana pihak tapi kalau terasa sila makan dalam. 

Adidas Blogger Cup KickOff! : Announcement


Sempena dengan World Cup FIFA 2014, Adidas telah menganjurkan satu pertandingan kuiz untuk para blogger dan pembaca.

Berikut adalah details untuk pertandingan tersebut:
Contest starts: May 29, 2014 
Contest ends:  June 24, 2014

Sepanjang tarikh pertandingan, 8 soalan akan menanti dan akan diberikan pada setiap hari Selasa dan Khamis. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah seperti jersi, kasut bola dan bermacam-macam lagi! Cara nak menang? Sungguh mudah. Anda perlu jawab soalan yang akan diberikan di dalam entry blog ini dan anda berpeluang menang! Pemenang akan dipilih secara rawak berdasarkan pemberian jawapan yang tepat!

Kepada peminat bola, jangan lepaskan peluang ini. 
Jawab dan menang. Kacang jer! :)

#adidasBloggerCup

Google Doodle: Rachel Louise Carson


Siapa buka Google hari ini akan nampak doodle ini.

Source: Google
Rachel Louise Carson seorang environmentalist author of "Silent Spring". So, aku bukan nak cerita pasal apa yang beliau buat sebab korang boleh Google dan baca sendiri. Apa yang aku nak tunjuk adalah comic strips untuk beliau kat bawah ni.

Source: Google
Serious rasa nak nangis. Haha *poyosss Aku cuma rasa terkesan pulak bila baca comic strips ni. Simple tapi makan dalam. Korang fikir la sendiri. Haha yang aku tau bila mana kita jaga nature, nature will do same thing for us. 

Monday 26 May 2014

Tazkirah 1


Pagi Isnin ni nak buat pahala sikit la. Hehe nah share petikan jumpa kt Facebook.

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal:

Mari fikir2kan ; "Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak shj yg kita perlu jaga sgt2 supaya tak msk ke dlm perut. Ada lagi sumber yg lain kita perlu dielak campurkan dgn darah daging. Nasi yg dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dgn gaji yg ditipu..pun ragu statusnya. Jadi ragu disbbkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam2 melayan Facebook peribadi, lepak2 di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien utk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan utk dgr gosip terbaru. Mkn ayam goreng yg JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yg diada2kan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rum saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi mtg, tetapi melencong shopping sblm pulang ke ofis. Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kdg2, badan asyik sakit2, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa2, bukan sbb Tuhan tak syg. Bukan sbb org aniaya. Bukan sbb santau atau kerja jin. Tetapi puncanya drpd diri sendiri yg tak mengawal hati. Fikir dlm2. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun brtanggung jwb atas perilaku sendiri". Tazkirah paling baik yg perlu disebarkan & diingatkan selalu kpd mereka yg bekerja.

KEBERKATAN YG DICARI
6 cara utk mendpt pahala setelah mati:

1. Beli Al-Quran kpd sseorg, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kpd hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tmpt awam.

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

6. Cara yg terakhir & paling mudah adalah kongsi mesej ini kpd semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

Aku copy sebijik² dari FB. Sharing is caring, sama² kita baca dan saling beringat:17:

Sunday 25 May 2014

Aura positif!


Aku selalu terbaca pasal hidup kena sentiasa positif. Pemikiran yang positif ni bagus sebenarnya. Sebab bila jadi positif kita dapat nampak banyak kebaikan. Bergaul dengan mereka yang positif juga bagus. Sebabnya bila kita dalam kelompok mereka yang positif, aura mereka secara tak lansung juga terkena pada diri kita.

Contoh baru-baru ni aku join 1 business untuk buat side income. Alhamdulillah, mereka sangat positif. Tak putus bagi semangat, bagi kata-kata peransang. Bila rasa down je, kata-kata motivasi ni lah yang menaikkan semula semangat aku. Serious! So aku yang rasa nak give tadi terus tak jadi. Rasa semangat pulak nak melawan nak berjaya!

Teringat masa zaman dulu-dulu (anggap saja zaman otak tak matang), bila bergaul dengan mereka yang negative pemikirannya, aku turut sama menjadi manusia yang negatove thinking. Semua serba serbi tak kena. Itu tak puas hati, orang tu tak kena. Tak best kau tau jadi manusia yang negative thinking ni. Sumpah TAK BEST lansung.:face4: Ha siap caps lock lagi! Haha Banyak negative impact jadi kat aku. So dengan siapa kita berhubung atau berkomunikasi sila lebih memilih. Faham-faham sendiri lah. Huhu.

Sekarang bila dikelilingi oleh mereka yang sangat tinggi motivasi diri aku jugak mahu jadi seperti mereka. Tolak tepi, buang jauh-jauh negative thinking ni. Sentiasa bersangka baik dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Aku tak kata aku perfecto sangat sebab kadang-kadang aku jugak cenderung nak berfikiran negative. Tapi sama-samalah kita usaha jadi manusia yang boleh berbakti kepada orang lain. 

Aura positif sangat POWER!!blogger-emoticon.blogspot.com

=====================================================

Siapa-siapa yang tengah cari jalan/business untuk buat side income boleh contact 0174605902. 
InsyaAllah pulangan modal dalam masa yang cepat jika anda seorang FIGHTER!!:face18:Hehe sebab bila anda buat ada dapat. Modal rendah je serendah RM275. Sambil ber-business sambil jaga kesihatan!! Awesome sangat kan??

Saturday 24 May 2014

Saturday: Kerja ganti


Happy weekend!! Siapa yang cuti tu bergembiralah ye. Rehat spend time dengan yang tersayang.

Tapi tidak bagi diriku ini. Sabtu kali ni kena kerja. Syiokkk habiaq hianggg!!:face22:Over kan? Hari ni kerja sebagai ganti sebab bulan Ramadhan nanti apply balik sejam awal. Ni lah sebabnya aku di office hari ni. Tapi takpe demi bulan puasa yang bakal menjelang tiba aku rela.


Apa pun have fun everybody!! Eh nak tanya dah habis ganti puasa ke belum? Hehe:131:

Monday 19 May 2014

Unlock steering kereta~


Hampa pernah dak alami situasi dimana streng kereta hampa terlock sendiri? Waaaa nangis kena lagi-lagi yang noob pasal kereta macam aku ni. Gelabah bewak tak ingat. Nak masuk kerja buat kerja pun hati gundah gulana. Sebab risau tak boleh balik:6:

Jadi, take a deep breath. On PC, buka Google, search. Jeng..jeng!! Jumpa!! Yeayy secara teorinya. Huhu. Baca cara nak unlock balik streng tadi yang lock tu lah! Senangnya. Pastu call bapak tanya macam mana jawapannya jugak sama.

Masukkan kunci, tekan kunci tu sambil pusing stereng ke kiri sekuat hati. Bila dah bergerak je stereng tu jangan seronok sangat sebab pusing balik stereng tu ke belah kanan. Kiranya main stereng tu la ke kiri ke kanan. Yeahhh berjaya buat praktikal!! Wehuu pasni kalau kena dah tak gelabah hokeyyy! Gembira bahagia boleh buat kerja dengan tenang sebab boleh balik jap gi. Hehe sekian!
:face18::face18::face18:



*****************************************************************


Hi, agak-agak korang ada tak ciri-ciri dibawah?
1. Ingin cari/tambah side income
2. Ingin memulakan perniagaan secara part/full time
3. Ada modal serendah RM300 - RM5400
4. Mencari produk kesihatan/ supplement untuk badan
5. Tengah mencari konsep business yang mudah difahami
6. Anda seorang yang gigih berusaha & tak mudah give up
7. Tahu guna gadget spt. smartphone, laptop, PC. Tahu guna media sosial dan ada kemudahan internet.

Jika ada kesemua atau salah satu ciri diatas boleh text/whatsapp 0174605902. Nak tahu lebih lanjut? Roger je!:1:

Thursday 15 May 2014

Agama sebagai ALASAN!!


Haluuuu lama aihh tak update. Blog terbiar macam takda tuan je kan. Mihmih:)

Ok masuk part serious. Sangat serious. 

Katakanlah korang nak buat something then ajak la kengkawan. Tak kisah la ajak keluar ke, ajak sembang ke, ajak buat business ke, ajak buat benda baik la. Benda jahat jangan ajak orang ye. Nak buat jahat buat sorang-sorang. Then kawan tu bagi alasan. 1001 alasan macam-macam. Ada kuliah agama la, nak buat solat tahajud la, macam-macam lah berkaitan agama ni. Sakit hati tak? Bukan kita kata dia nak tunjuk pandai la or tunjuk alim la tapi if dia taknak just cakap taknak. SIMPLE. Tak payah nak guna agama sebagai alasan untuk kau mengelak. 

Jujurnya aku memang menyampah bila ada hamba Allah jadikan agama sebagai alasan. Kau cakap je kau taknak, kau busy. Senang. Kalau betul ada kuliah agama ke takpe, bagus sangat! Tapi kalau kau menipu guna agama, bagus ke? Fikir baik-baik, Islam tu mudah, Islam tu suci. So jangan kita ni cemarkan kesucian Islam sebab kita tak nak berterus terang. Sebab kita nak lari dari sesuatu. Salah kau tau?

So jangan menipu! Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk kau menipu! DOSA der!!! Hehe.

Sekian bebelan setahun sekali:face4: