Istilah babi dalam makanan | miss fluffy


Sunday, 17 March 2013

Istilah babi dalam makanan

Assalamualaikum.

Happy weekend!! Aku weekend ni takda buat apa selain duduk di rumah menternak badan dan menjaga kesejahteraan lemak =.= Huhu ha tadi buka Facebook tertiba jumpa satu post yang kawan aku share. So, aku pun nak share balik lah dengan korang semua apa yang aku baca. Mungkin sesetengah dari kita tak tau istilah-istilah yang digunakan merujuk kepada "cik pig" ni especially dalam makanan. Sebagai orang Islam memang haramlah bagi kita nak makan kan? Dengan rasa tanggungjawabnya aku share lah di sini sebab aku sendiri pun baru tau lepas baca post ni tadi. Sama-sama lah kita ye:)

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. 

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 
1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak      dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

So, dah tau kan? Lepas ni harap kita lebih berhati-hati memilih barangan terutamanya barangan makanan. 

13 comments:

  1. Assalamualaikum.. nice entry :D

    I would like you to follow me back. Wirdina online store is a place for you to shop hijabs and clothes. This is a great place to make your choice.

    ReplyDelete
  2. yang no.11 tu boleh lupa pulak.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. utk peringatan... thanks! :)

    ReplyDelete
  4. Thanks utk information ni. Byk juga yer istilah sains khas utk PIG. Sgt2 bahayas.

    ReplyDelete
  5. waa baru tahu ni kak . thanks share ye . ingatkan istilah 'pig' tu je yg ada . rupanya banyak lagi :O

    ReplyDelete
  6. huhuhu.. mari belajar istilah.B***.. nice info dear.. ^_^ ehehe

    ReplyDelete
  7. sow tu singular., swine tu plural., erkkk., boleh ke komen camni? hahahaha..

    ReplyDelete
  8. kena beringat and teliti dulu barang tu ada apa lepas ni.. takot je kalau termakan :(

    ReplyDelete
  9. Pernah dengar pork, pig dengan porcine yang lain tak pernah lagi.. bahaya jugak nie kalau tak tahu silap2 mah masuk perut baru tahu.. erkkk.. Thankz sharing dear sangat2 berguna. :)

    ReplyDelete
  10. byk istilah dia rupanya -.-'

    ReplyDelete
  11. Ooo.. cam tu.. baru cekk tau.. ^_^

    ReplyDelete
  12. lepas ni kena lebih berhati-hati :)

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.