Apa jawapan? | miss fluffy


Friday 27 September 2013

Apa jawapan?

Assalamualaikum.

Aku ada satu soalan nak tanya korang semua. Kira macam mintak pendapat la kan. Jawapan takde betul takde salah. Semua boleh diambil kira. Hehe OK macam ni soalannya:

Katakanlah anda bekerja di sebuah syarikat. Kemudian department tempat anda bekerja pula selalu ada meeting terutama sekali dengan pelanggan. Tapi selalunya pelanggan akan memilih untuk meeting pada sebelha petang berbanding waktu pagi. So, macam biasa lah. Bila dah meeting kena la hidangkan minuman, makan² sikit. Tapi takpe, bab menghidang ni pihak pengurusan akan uruskan untuk anda. Cumanya bila bab mengemas bilik meeting, cuci cawan/pinggan semua cleaner akan kemaskan untuk anda. Masalahnya sekarang, waktu bekerja untuk cleaner bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Bayangkan kadang² meeting boleh berlanjutan sampai 6.00 petang. Maknanya tiada siapa lah akan uruskan untuk mengemas bilik meeting tersebut selepas 4.30 petang. So, bila boss minta kemaskan bilik meeting tersebut dan anda dapati semua cleaner dah balik apa yang anda patut lakukan bila anda berada dalam situasi macam ni? 

Jawapan aku adalah aku kemaskan jelah. Bukan masalah besar pun setakat nak tutup aircond bilik meeting, basuh cawan/pinggan sikit² tu. Benda macam tu kita selalu buat kan? So memang bukan masalah besar pun bagi aku. TAPI, ada jawapan lain yang mengatakan sesetengah orang tak mahu buat macam tu. Sebab bagi dia itu bukan kerja dia. Makanya kalau dah taknak buat apa yang dia patut buat untuk selesaikan bilik meeting tu? Takkan nak tinggal bilik tu kotor macam tu je kan?

Aku tanya ni sebab aku pernah diajukan soalan macam ni masa interview. Then aku jawab jela macam jawapan kat atas tu. Aku memang takde pengalaman lansung kerja office ni. So memang blur terus taktau nak jawab apa. Memang takde la kan aku nk think out of the box time ketaq² camtu. Itu je jawapan yang lintas kat kepala hotak aku time tu. Hahaha. 

Hampa rasa apa jawapan yang releven? Kawan² yang kerja office tu, apa yang korang buat? Jangan lupa tinggal komen. Hehe thanks! :)


22 comments:

  1. kalau shark jd bos semestinya shark amik fluffy untk bkerja:)
    btuil sgt dh tindakan tu.
    apa ler sgt keje2 cmtu.
    kalu itu pun nk berkira mmg susah ler keje nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? susahlah kalau selfish bila kita bekerja dlm team..hehe btw, thanks utk pdgn awak tu yer:)

      Delete
  2. Sya x kja opis tp nk jwb jgk..bleh?sya kemas je..asalkan tak byk sgt sdah la..huhu..klu byk,sya cbut larik dlu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau byk sy pun nk larikk jugak la..hehe :P

      Delete
  3. nak jawab apa ni ek ? pengalaman berkerja belum ada lagi tapi nak cuba jugak .. kalau Ieka , kemaskan jelah bukan susah pun setakat kemas no hal lah kan ?

    ReplyDelete
  4. hehehe...ena pernah lalui keadaan mcamni.. tapi masalahnya cleaner tempat ena lain pulak perangai dia... sejak department ena ni rajin sapu sebab ktorang xsuke tgk smpah.. bila cleaner tengok terus esok lusa dan selamanya da xnak masuk kemas... alasan nak kata dah bersih la tu... yang kelakarnya cleaner bukan wat keje cleaner tapi boleh pegi jadi operator kejap... macam2.. sebab nak duit lebih.. abaikan tanggungjawab yang ada.

    ReplyDelete
  5. btol dah kot jawapan tuh.. tak kan nk biorkan je.. rasanya yg tu lagi teruk...

    ReplyDelete
  6. ooo..mun pon xde pengalaman bekerja..tp rasanya xsalah kalau kita tolongkan..

    ReplyDelete
  7. sy tak keja ofis Mime..tapi kalau sy kemaskan yang termampu saja

    ReplyDelete
  8. letih. tkleh befikir.blogwalk je. haha

    ReplyDelete
  9. Kalau macam tu kemaskan sahaja. Janganlah berkira tulang urat .. :)

    ReplyDelete
  10. kalau saya jawab yang sama juga kemas je la. kalau jawab bukan kerja saya amboi sombong nye jawapan elok orang yang jawab cenggitu bagi dia jawatan bos je dalam company tu hihihi

    ReplyDelete
  11. Samalah jawapan kita..apa salahnye tolong kemas..takkan nak biarkan macam tu jer.. :)

    ReplyDelete
  12. betul dah jawapan adik tu.. akak pernah kerja di pejabat 4 tahun.. kalau habis mesyuarat memang akan pastikan bilik mesyuarat berkenaan sentiasa bersih dan kemas.. pejabat kita adalah tanggungjawab kita..

    ReplyDelete
  13. cakap la diri sendiri pembersih. tak suka kekotoran. hehe. baru la dapat tawaran kerja tu :D

    ReplyDelete
  14. sy pun takde pengalaman bekerja jugak.. hikhik.. tp selalu kena time praktikal dulu.. cuma takde la sampai 6 petang.. paling2 pun pukul 4..
    kalau setakat kerja mcm tu apa salahnya.. buat je lah tanpa banyak songeh..
    tp kalau dah byk sgt dan agak membebankan utk seorang je mmg merungut jugak kot..

    ReplyDelete
  15. bagus btol =) kadang2 orang yg itvw kita tu sje je nk test..ape pn kalau dalam situasi MF ni..semua jawab cmtu termasuk la sy kot hehe..tp sy xkn kemas kot..sbb krja 2 bkn bidang kita..kalau tggu esok pn, cleaner boleh je kemas..tp mcm tmpat sy lain..org luar yg hidang n kemas..

    ReplyDelete
  16. alahai. cane eh.. hehe.. keje pun belom.. :D tolong je la apa yang patut kan.. :)

    ReplyDelete
  17. kalau cleaner dah balik, kita kemaskan jela.. tapi, kalau cleaner ada lagi, biar dorang yang buat... hehe.

    ReplyDelete
  18. bos nak uji kot..kita sanggup x bt keje luar dari bidang..hehhhe

    ReplyDelete
  19. lau yaya ditanya soalan begitu..yaya pun akan jawab pkra yg serupa..
    ni bukan soal itu kerja kita atau x, tapi tngjwb seorang pekerja dgn tmpt yg dia bkerja tu kan..niat kita pon kenela ikhls,bkn sbb nak pujian atau apa2 blsan..

    lau kat kedai makan pun da tbiasa kemas sikit2 pinggn tu lepas makan..spya senang pekerja tu nak angkat n mgemas nti.. ^_^

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️