Penghargaan | miss fluffy


Saturday 14 June 2014

Penghargaan


Kecewa, marah, geram.
Kita buat sesuatu.
Buat sehabis baik.
Paling kita rasakan "perfect".
Terkadang masih belum cukup sempurna dimata mereka.
Ada sahaja yang tak kena.
Ada sahaja nak mengata.

Sedarkah mereka bila berkata?
Fikirkah mereka sebelum bicara?
Aku tak minta untuk dilambung tinggi.
Malah tak minta dijulang hebat sekali.
Aku cuma minta kau hargai.
Bukan banyak. Sedikit sahaja.

Penat belum habis. 
Peluh masih menitis.
Tapi bicara kau lansung tak manis.

Hargai apa yang seseorang buat untuk kau.
Dia tak minta apa-apa. 
Cuma secebis "appreciation" sahaja.

This is what I like | via Tumblr

2 comments:

  1. kenapa ni? sabor ye.. ceria2 selalu :)

    ReplyDelete
  2. sokong sgt! biasalah manusia kan. cx pon sdg menghadapi perkara yg sama. susahlah nk ckp kan? ssh nk puaskan hati semua pihak. hurm.

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️