Gossip~ | miss fluffy


Thursday, 16 January 2014

Gossip~



Ini bukan drama Gossip Girl ok.
Ini gossip in the real life punya.
Mengumpat. Tak baik oh mengumpat.
Umpama kau makan darah daging sendiri. Nak?
Ok dah. Aku bukan nak cerita bab tu.
Yang tu semua orang tau. Mengumpat tu dosa!
Aku tak payah nak explain panjang-panjang.

Yang aku nak cerita ni, pasal mengumpat jugak.
Dalam office aku ni kuat mengumpat juga.
Aku ingatkan 'dorang' ni tak mengumpat.
Sebab selalu disogokkan 'depa' ni suka tolong sesama sendiri.
Haha rupanya sama je. Kalau dah manusia tu memang sama jela. Tak kira bangsa. Tak kira warna kulit.
Asalkan kau ada mulut ditambah dengan kemahiran bercakap dicampur bersama berita sensasi itu dah cukup untuk kau buat sesi anyaman ketupat.
Oh ya! Dan mereka serta aku adalah perempuan.
Perempuan banyak buat sesi ni. Tapi aku tak kata lelaki tak buat. Ada. Hehe.

Bergossip tak kira masa.
Siap bisik-bisik bagai.
Even aku tak faham tapi dari bahasa tubuh 'depa' sudah cukup aku mengerti.
Kehkeh. *Konon kau pakar bahasa tubuh ke pompuan!!
Dan selalunya aku tak ambil port sangat.
Cuma kadang-kadang aku gelak sorang-sorang jugak tengok gaya depa.
Kalut semacam. Nak gossip pun kalut-kalut.
Haha.

So, kesimpulannya mengumpat tak baik. Kau jangan kerap sangat mengumpat. Aku? Yela nasihat untuk aku sekali la. Mihmih;3

Eh jap. Gosip dengan mengumpat tu sama ke? 
Haha lantak la.

Source: Google


18 comments:

  1. ofis punye politik. kenkadang bisik2 punya la perlahan , xtau camne dorg boleh dgr....telinga superman kot.

    ReplyDelete
  2. hahaha..xbaik mengumpat..tp yela..kadang2 terbabas jugak..

    ReplyDelete
  3. lebih kurang kot.. cume gosip nie ala2 retis gitu...hehe

    ReplyDelete
  4. sebab tu org kata, telinga ada dua dan mulut ada satu tapi macam mulut ada dua dan telinga pulak satu.
    kikis sifat hasad dengki sesama sendiri.. (peringatan utk diri sendiri juga)

    ReplyDelete
  5. Gossip mengumpat sama je kot..jangan sampai menimbulkan fitnah pulak..lagi bahaya dan tambah dosa lagi tu..Elakkan dari mengumpat dengan tak payah amek port :)

    ReplyDelete
  6. mulut kita ni mmg susah nak kontrol... hati lagi la...

    ReplyDelete
  7. tak baik tau.. ngumpat2 gossip2 ni...

    ReplyDelete
  8. Kt mana2 pn sama la.. kt pejabat akak pn ramai suka bergosip termasuk akak..opsss..hehehe.. gosip2 biasa jer hilangkan stress seharian mengadap komputer jer..hehehe

    ReplyDelete
  9. tak suke org kaki ngumpat .. mmg 'gap' terus dgn org mcm ni.. bahaya woo..

    ReplyDelete
  10. ini sebenarnya satu masalah yang sukar buang..sebenarnya gossip kat opis nie selalu berkait rapat dengan office politik..hehehe...apa2 pun kalau tau dorang mengumpat cilikan jer mulut dorang tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. jangan dilyan. itu je.
    nanti gosip tu mati sendiri.
    umpama biji benih yang tak disiram.
    nanti tak la tumbuh melata :)

    ReplyDelete
  12. laki pun kuat gossip jugak..hahaa..
    kadang-kadang tu tak tahan godaan jugak..huhuu :p

    ReplyDelete
  13. sama je kod. haha. lagi2 cerita pasal husben org. haha

    ReplyDelete
  14. sok sek sok sek. derr, dah 2014, lu nak makan daging saudara sendiri ke? hah.

    ReplyDelete
  15. Gosip, mengumpat tu sama je.
    Masing-masing akan menimbulkan fitnah.
    Mengumpat bahasa om melayu kampung.
    Gosip bahasa om melayu urban...
    hehehhe...

    ReplyDelete
  16. salam.. =)

    eh samela tu gosip ngn ngumpat..smela dgn office yaya pon...nasib baikla yaya xphm dorng kate apa (tp bleh tau dorng nga ngumpat..;p) huuu lau x,hari2 dapat dosa sbb tdgr ngumpat walaupon xmau dgr..huuu

    ReplyDelete
  17. mmm...akak dah biasa dah melalui atau melihat kehidupan yang macam ni. Kekadang ada orang macam alim sangat, tapi rupanya pakai topeng aje..so, abaikan. Hidup mesti ceria..kan kan

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.