Ragam | miss fluffy


Friday, 17 January 2014

Ragam


Manusia.
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Kan?
Sebab hati lain-lain tu lah,
Lahir pula macam-macam ragam.
1001 hal!

Pening wooo~
Eh, sebab apa pulak aku nak pening.
Sebagai pekerja level banana,
Aku terpaksa hadap ragam senior,
ragam manager, ragam senior manager dan ke atas.
Tambah pulak kerja macam aku yang kena banyak komunikasi dengan mereka ni. 

Seorang buat kerja stail kelam kabut.
Seorang lagi rileks memanjang.
Seorang pulak bila tanya apa-apa semua dia taktau.
Yang lagi seorang memang workaholic. Sampai tanya apa pun taknak jawab-_-
Yang seorang lagi cool habis.

Mereka ni sebenarnya baik.
Cuma macam-macam kerenah je. 

Cuba la hang pergi tanya mana-mana customer service.
Suruh depa cerita pasal experience dengan customer.
Mesti hang akan tergelak.
Kadang-kadang aku rasa macam cerita tak logik tapi itulah realiti yang berlaku.

Macam-macam ragam.
Diri kita sendiri pun sebenarnya banyak ragam.
Tapi bagi aku itulah pewarna dalam perjalanan hidup kita.

Tak gitu?


Nota:
~ banana -  baru nak naik


Muntah tengok gambaq ni. Pening @_@
Source: Google

14 comments:

  1. hahah! gambar bawah tu, mcm alien :p

    ReplyDelete
  2. hehehe..mun pun pening tengok gambar tu..

    ReplyDelete
  3. fae teringat cerita minion when i read the line 'banana' hahaha

    ReplyDelete
  4. skrg ni takleh pakai sgt dah rambut sama hitam tu. hehe. mcm2 warna dh sy tgk. :D

    ReplyDelete
  5. manusia mmg mcm2 ragam.. yelah.. gambar tu pelik sgt..

    ReplyDelete
  6. paling tak suke jawapan "sy tak tahu" sebenarnya malas nk amek tahu...

    ReplyDelete
  7. Itu sudah semestinya cik Mime. sy pon berdepan stiuasi yg sama d tempat kerja. memang kena byak sabar kalau tak .. hurm...

    ReplyDelete
  8. ragam ni la yang menceriakan suasana kan,kalau semua sama je tak best jugak.hehee ^_^

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, apa kabo cik?hehe

    Ya, aku pernah kerja bhgn customer service. Aku berjaya bertahan, berjaya!

    Bertahan dua bulan saja......hahahah

    Walaupun sekejap, mmg mcm2 ragam.. ada yg sporting, ada yg gila2, ada yg pura2.. pura2 ni yg paling aku ingat skali.. boleh pulak dia ckp dia kerabat diraja, driver tnggu kat luar, bla bla bla..

    Bila kitaorg ngintai..takda apa pun... supervisor ak ckp, customer yg sorg ni, dari dulu lagi mcmni..tak tahu apa motifnya..nak layanan 1st class gamaknya..entah.

    ReplyDelete
  10. Adoi naik juling akak tgk gambar tue..hahaha
    Tp btl la kat tmpat kerja nie mmg kita kena hadapi dgn bermcm2 ragam.. tapi sebenarnya kalau tanpa ragam depa rasa tak best pulak nnti kan..=D

    ReplyDelete
  11. begitulah kehidupan...nasib baik tak dapat kawan sepejabat yang macam samseng kampung dusun

    ReplyDelete
  12. pening tgok gmbr tu.. sabar yer mimi..

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.