Respect | miss fluffy


Thursday, 30 January 2014

Respect


Minggu yang busy. Nak buka blog menaip sepatah dua pun tak sempat Hehe. 

Zaman sekarang ini kalau kita tengok sekarang, macam jadi 1 trend bila mana segala ekspresi, tak puas hati, pandangan selalu diluahkan melalui laman sosial. Banyak sgt! Kan?

Sampaikan kadang kala aku rasakan macam manusia sekarang dah tak banyak bercakap. Yela, nak cakap apanya. Semua main taip status then POST! Semua orang boleh baca. Yang status happy² ok la. Tapi tang status maki² tak boleh belah. Then masuk pulak batu api. Lagi terbakar la. Ukhuwah yang terjalin pun boleh putus di tengah jalan. Fehhh ayat aku~

Bila dah bergaduh di laman sosial ni macam² la ayat yang keluar. Sampaikan hilang adab. Hilang rasa hormat. Hilang semua nilai kemanusiaan. Kenapa? Semua nak jadi keyboard warrior. Pantas menaip mematahkan pandangan orang lain.

Satu contoh aku bagi. Ini dari kisah benar punya. Student boleh pulak cakap lebih kurang dengan lecturer. Dalam bahasa kasarnya, KURANG HAJAQQQ!! Segalanya yang orang buat si polan ni akan condemn. Ada je yang dia tak suka, tak puas hati. Konon bajet dia la Mr. Perfect. Dan bila ada lecturer tegur dia sebab aggressive sangat mengondem orang dengan kurang hajaqqqnya dia cakap lebih kurang je dengan lecturer tu. Aku yang baca pun bengang.:face3:  Zaman sekarang cikgu dah tak boleh tegur student. Berdosa besar. 

So aku simpulkan, budak tadi tu bodoh. *Maaf kedengaran kasar. Sebab kalau dia pandai dia takkan cakap macam tu dengan cikgu dia. Orang bodoh mana boleh ajar. Dia takkan pakai punya pandangan orang lain. Kan? So, biar dia dengan dunia 'kebenarannya'. Aku cerita ni bukan nak mengaibkan siapa-siapa cuma jadikan perkongsian ini pengajaran.

Panjang lebar aku cakap. Di situ dah nampak, rasa hormat tu macam dah makin lama makin hilang. Sedih kan? So sila sedar diri. Hehe *Untuk aku jugak!  

Kalau nak orang hormatkan kita, sepatutnya kita belajar dulu hormatkan orang. Simple rule:1:

Source: Google

11 comments:

  1. betul2.tak perlu rasanya nak canang dekat semua orang yang kita tak puas hati dengan orang lain. bukan setel pun masalah tu tapi mengeruhkan keadaan lagi ada . :)

    ReplyDelete
  2. Susah nak tegur orang besar kepala macam tu.
    Tapi nak dibiarkan pun satu hal juga..
    Kita doakan yg terbaik utk dia.
    Untung2 nanti dia sedar diri..
    Erk..

    ReplyDelete
  3. betul tu, kena hormat orang baru orang respect kita..

    ReplyDelete
  4. betul tu. ini juga salah satu keburukan laman sosial hjuhu

    ReplyDelete
  5. betul tu.. fae pun pernah up nonsense fb status. skrg x lagi.

    ReplyDelete
  6. Orang suka hormat orang nilah yang semakin pupus.. o_O

    ReplyDelete
  7. Hahah agree, sometimes people think they are the most brilliant when they become the keyboard warrior, just bashing others, or being haters.. But infact they are otherwise ^^
    I knew some friend who keep quiet infront of us, but on the social network, he been spreading a lot of bad things about others, nauzubillah. The prophets said the peak of hypocrisy is when someone have two faces, how they behave very well with parents around and how they behave without parents on sight, but nowaday people can create multiple faces in social network xD

    ReplyDelete
  8. yer mimie.. msg2 ada gadget.. msg2 sibuk dgn up status.. pffftpttttff

    ReplyDelete
  9. haa...betul tu, respect is not something that we can easily earned. sometimes kerana keghairahan untuk memberi pandangan, orang sering lupa adab dan etika yang perlu...

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Betul tue.. kdg2 sedih tgk orang komen ikut sedap hati jer..dah tak dak nilai2 kesopanan dalam diri dah.. semoga kita dijauhi sikap sebegitu..

    ReplyDelete
  11. itu yg dikatakan ada otak tapi tidak mahu menggunakan..cakap tnpa bfikir..
    ramai sekrng pon mcm tu..hm

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.